Blogger Layouts

Saturday, August 20, 2011

KELAS MEMASAK....

Assalamualaikum....

Dear diari...
Mana agaknya aku boleh belajar memasak makanan yang best-best???Agaknya aku ni dah hilang skill memasak ...masak semua serba tak kena rasanya...Abang pun senyap je makan..agaknya memang tak sedap, tapi sebab nak jaga hati aku, dia makan je....tadi masak ayam percik..sikit je abang makan..tak jadi kot aku masak...entahlah...2 kali aku try masak nasi impit sambal..pun tak menjadi lagi...aku ni mmg tak reti masak..kesian abang dapat isteri macam aku yang tak reti masak, kuat mengarah plak tu..mintak tolong itu ini...entahlah..kenapalah dengan aku nie..tak boleh berdikari sendiri agaknya..maybe sebab aku rasa nanti dah balik shah alam, aku tak boleh dah nak manja-manja mintak tolong itu ini membuatkan aku nak dia tolong aku kot..takpelah...baik aku belajar buat sendiri semua benda..nanti balik shah alam tak lah terasa sangat...
oklah..jumpa lagi

Friday, August 19, 2011

RAMADHAN YANG SEMAKIN MENINGGALKAN KITA

Assalamualaikum....

Harini dah 20 ramadhan..bermakna tinggal kira-kira 10 hari je lagi nak raya dan lebih kurang 3 minggu lagi aku cuti...sekejap je masa berlalu.dah 20 hari aku kat Perlis...dok sekali dgn suami dan jaisyu...nampaknya, aku ni serba tak kena sepanjang ramdhan nie.Kadang-kadang mood aku jadi tak menetu..moody je..yang jadi mangsa suami aku..sian dia..tapi aku mmg tak leh nk kontrol..sebab kadang-kadang aku memang sangat-sangat penat kena uruskan anakku jaisyu lebih-lebih lagi kalu dia meragam...sanagt mencabar aku rasa walaupun jadi suri rumah je..nak uruskan rumahtangga, anak, masak untuk berbuka dan sahur...kadang-kadang terasa sangat penat n nak abang tolong.maybe sebab suami ada jadi aku menaruh harapan suami boleh tolong aku sekali kat dpaur ke masa masak untuk berbuka..angkat kain ke, lipat kain ke..uruskan anak ke...mungkin sikap aku yang nak semua teratur menyebabkan aku mudah stress...aku nak jadi isteri sempurna untuk suami yg boleh siapkan dan uruskan semua sekali..tapi aku lupa yang aku dh ada anak...jadi semua tak sama masa sebelum ada anak...masa sgt suntuk kadang-kadang untuk buat apa-apa...

berpuasa, menyusukan anak sebenarnya bagi aku sanagt memenatkan..kadang-kadang aku boleh handle n buat mcm ok je..kdg2 tak mampu...aku tak nak suami aku risau n rasa kekurangan sepanjang aku ada kat sini...tapi kadang-kadang alku sedih sanagt sebab tak berjaya memenuhi apa yang suami aku nak..masak ala kadar je..tak sedap plak tue...kadang-kadang tawar..kadang -kadang masin..huhuhu sangat sedih..kesian suami aku makan je apa yang aku masak...

lepas ni aku akan dok shah alam n uruskan jaisyu sendirian...dah tak leh harapkan abang tolong aku baut itu ini..masa kat perlis jela kalu boleh mintak tolong...tak pelah...di akhir2 ramadhan ni aku nak buat semua sendiri..aku nak suami aku rehat je..sebab bukan selalu aku dpat duduk bersam suami lama-lama macamni...tak nak la nanti suami aku terasa lagi elok aku tak de..sebab aku ni kaut jugak membebel..hehe mana taknyer..aku kemas elok2 mesti cik abang aku sepahkan balik...ish2...sabau jela...
oklah, nak solat plak...nak gosok baju abang...sabtu ahad ni abang kena keje...

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN YANG MENCABAR...

Assalamualaikum....

Ramadhan kareem...harini dah 2 ramadhan..alhamdulillah, tahun ni aku dapat menyambut ramadhan sebagai seorg ibu...Tahun ni seronok sgt rasa berpuasa sebab dapat bersama dengan suami berpuasa sama-sama....Sebagai isteri dan ibu yang mempunyai anak kecil memang mencabar...nak buat keje hanya time Jaisyu tidur...Masa tula nak kemas rumah, basuh baju, jemur baju, masak dll...Kadang-kadang jaisyu kerap mengamuk...tak tau kenapa...puas jugak aku nak pujuk, tidokan dia...kadang-kadang tercabar jugaklah kesabaran aku...aku berdoa sangat agar diberi kesabaran....

Thursday, July 21, 2011

KELAMBU MODEN ~ ELAKKAN GUNA CHEMICAL





Assalamualaikum...
Harini aku nak share tentang kelambu moden..aku try2 menjual kelambu moden di FB. Kalau ada yang berminat nak beli boleh la tempah...apa keistimewaan dia????

1. Tak payah guna ubat nyamuk dan menghidu asap ubat nyamuk (tak elok untuk kesihatan)
2. Mudah dibawa ke mana-mana
3.Mudah di basuh
4. Tak perlu tembuk2 dinding, pakai tali etc keran bentukkan seperti khemah
5. Mudah dipasang dan disimpan

terdapat dalam 3 saiz :
1. 150x200 ( ni lebih kurang mcm saiz queen) : RM 45
2.180 x200 ( ni lebih kurang mcm saiz queen) :RM 47
3.200x200 ( ni lebih kurang mcm saiz king) :RM50

dengan 4 pilihan warna  : pink, biru, putih dan kuning...

Friday, July 15, 2011

PENGALAMAN BERPANTANG VERSI 1

Assalamualaikum...
harini aku nak berkongsi cara aku berpantang..mana tau nnt boleh dijadikan sebagai rujukan..dalam berpantang ni, kita tak bolehla terlalu aktif sgt bergerak terutama 20 hari terawal..ini untuk mengelakkan bentan n nak pastikan peranakan kita tak jatuh sgt dan terkeluar..sebab kalau terkeluar bahay..susah nk masukkan balik dalam "sarang" ( istilah org tua2). 20 hari pertama memang kena jaga betul-betul..kena mandi dengan air rebusan serai wangi, daun pandan, daun limau purut ..seeloknya mandi selam 44 hari, tapi kalau tak ammpu 20 hari pun ok or kalau tak boleh jugak sekurang-kurangnya 2 minngu la...then kena bertungku..seeloknya pakai tungku batu sebab kita nk bertungku di bahagian peranakan atau bhgn rahim...tungku la jugak di bhgn belakng, kaki, peha etc..tungku tu lepas panas atas dapur, ambik kain balut..letak la daun kadok ..then baru bertungku..bertungku ni buat la sekerap mana yg boleh seeloknya pagi dan ptg or mlm..kalau nak pakai tungku elektrik pun ok cuma susah la nk tungku kat bhgn peranakan ni.kebaikan dia membantu mempercepatkan pengecutan rahim dan menaikkan peranakan.lepas tu jgn lupa pakai bengkung..perut tu kita sapu jadam atau air limau nipis dicampur dgn kapur..ni untuk kempiskan perut n elakkan perut buncit..
Dalam pantang, pemakanan penting sgt2...jgn tersalah mkn...nnt bentan kata org tua2..aku mkn nasik putih, ikan bakar/ikan kukus (ikan selar, ikan gelama, ikan tenggiri je tau, ikan lain bisa)/burng puyoh pun boleh mkn..then sawi putih atau ulam pegaga (ni boleh banyakkan susu badan). buah aku mkn huah oren untuk cepatkan penyembuhan luka. Yang lain aku tak mkn sebab mak tak bagi mkn..hehehe selain tu mknn lain mcm biskut,roti, nasi impit inti , air milo, air kopi, air horlicks pun boleh mkn dan minum...
ok, sampai sini dulu..nanti kita sambung lagik..:)

Wednesday, July 13, 2011

BERPANTANG DI KUANTAN

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..harini dah 27 hari aku berpantang dan 27 hari juga lah usia anak sulung kami, al jaisyu...mcm2 dugaan aku rasa sepanjang berpantang nie..huhuhu kdg2 menangis jugaklah...maklumlah...banyak sgt pantang larang...sedangkan apa yg aku tahu dan baca lain...pantang orang dulu-dulu memang syadid ..tapi sebab tu jugaklah badan org lama2 ni maintain, masih bertenaga, kuat sebab mereka memang jaga badan nie...
al jaisyu ada kekurangan G6PD yang menyebabkan aku tak boleh nk minum akar kayu ke, makan jamu etc nie..sebab nanti akan effect pada jaisyu sebab aku menyusu badan...
sebenarnya..kalau jaisyu takde masalah G6PD mmg aku akan minum air akar kayu ke apa ke...tak payang suruh, sebab aku pun mmg nk jaga badan jugak...takpela, nak buat mcmn, mak tak faham...so, kenalah aku mendengar je 'bebelan' mak, maktua...huhuhuhu
menu berpantang aku ialah nasi putih, saur sawi, ikan bakar...itupun ikan selar sahaja..ikan lain bisa...tapi haritu mak ada gak buat sup burung puyuh...terima kasih mak sebab jaga kakngah dalam pantang...kaknagh tahu, mak susah payah masak, mandikan jaisyu, belikan kakngah nasi impit pagi2....mak sayang kakngah sebab tu mak suruh kaknagah bertungku, minum air akar kayu, mkn ubat...tapi nak baut gane..bukan kaknagh tak nak mkn n minum..kakngah berani minum sikit je mak...sel darah merah jaisyu mudah pecah sebab kekurangan G6PD..jadi , kaknagh tak berani ambik risiko sgt...kakngah akan cari alternatif lain nnt bila dah balik shah alam..walaupun kena bayar lebih sikit, takpela...untuk suami dan diri aku jugak..badan ni nak pakai lama..so, kenalah rajin pergi berurut ke, spa ke, facial ke....
oklah..nnt aku share plak cara berpantang kat kuantan ni..walaupun aku taklah buat sepenuhnya..tapi still buat gaklah...jumpa lagi...

Monday, July 4, 2011

AL JAISYUL ISLAMY BIN NORAZLI

assalamualaikum...
sudah agak lama aku tak menulis dalam blog nie..hehehe sejak pindah rumah baru kat pdg jawa agaknya aku stop menulis...skrg alhamdulillah aku sudah pun selamat melahirkan anak sulung azleeza pada 16hb 6 2011, tepat jam 9.00 pagi di Hospital Ampang...terawal 3 minggu gak la dari tarikh jangkaan..
Putera sulung kami diberi nama al jaisyul islamy bin norazli yang membawa maksud tentera bagi orang islam..amin...moga-moga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam hendaknya nanti....
Nak bercerita sikit tentang pengalaman ebrsalin anak sulung kami..malam 14hb 6, selasa, lepas maghrib, aku mmg rasa sakit je...tapi aku gagahkan jugak solat maghrib dlm keadaan jelujur..habis je solat, aku rasa lega sikit, so, konon nak mkn nasik lemak yang aku beli kat pasar mlm..baru mkn dalm 3 suap, tiba2 rasa ada 'benda' keluar dari bawah...aku pun bangun n pg sinki basuh tgn n selak la kain..tgk2 air ketuban aku dah pecah..aku pun dgn segera ajak nee, adik aku pergi hospital sg buloh...sampai ej kat ospital, aku terus mendaftar, lama gak la tunggu nurse kuar.masuk je dlm tgk2 ramainyer ibu yg mengandung sedang menunggu untuk diperiksa..huhu air ketuban aku plak makin byk kuar, cuma aku tak la rasa sakit..sku pun disuruh nurse untuk tukar baju..2 kain aku tukar sebab basah dgn air ketuban. aku tgk nurse rilek je..pelik gak la ..aku plak risau sbb air ketuban dah byk kuar..last2 ujian CTG dibuat untuk check keadaan jantung baby..alhamdulillah ok, pastu kena tunggu giliran scan plak..doktor scan ckp air ketuban cukup lagi n tgk laluan tak bukak lagi, baru 1 cm.jadi doktor bagitau aku akan disuntik 2 kali untuk matangkan paru-paru baby sebelum bbersalin esok ptg...
aku kana suntik dlm pkl 2 pagi..pastu kena ambik darah n kena tahan la...masalahnyer tak de katil..huhu jadi aku pun lepak la tido kat kerusi je dulu. lebih kurang pukul 5 pagi baru aku dapat katil...suami tersayang sampai kat hospital pkl 3 pagi. aku suruh balik je sbb mmg tak akan bersalin lagi time tu..
esoknyer doktor dtg cek , seluk untuk tgk bukaan laluan..sakit tak payah citer la..huhubaru bukak 2cm..n aku diberitahu akan disuntik sekali lagi ptg ni pkl 2 n ptg tu kena masuk labor room untuk bersalin..ptgtu, dlm pkl 5 ptg, nurse dtg bagi ubat suruh aku buang air besar.then dia tolak aku gi labor room, tapi penuh la plak...huhu
last2 suami aku bagi msj tny pendapat, kalu tukar hospital tentera tunku mizan nak tak?aku ckp, ok je tak kisah.so, bagitau doktor n nurse..mula2 diaorg tak bagi, tapi aku ckp husband dah arrage ambulans , baru dia bagi n ckp risiko tanggung sendiri...
so, kami pun naik la ambulans pg hospital tunku mizan, sampai je tiba2 hospital ckp tak leh nak terima sebab tak de inkubator bilaman tgk kad merah aku kandungan 36 minggu..ish2..masatu suami aku ckp dia dah menyesal dah..aku plak rileks je walaupun dlm hati pening gakla..dlm hati byk2 baca doa..last2 kami ke Hospital Ampang..alhamdulilah, sampai je nurse, doktor terus check, buat CTG dan sebagainya..masa tu laluan baru bukak 3cm. mlm tu jugak aku masuk labor room.alhamdulillah, suami dpt masuk sekali temankan aku yang menahan kesakitan bersalin..tepat jam 9 pagi aku selamat melahirkan bayi lelaki, seberat 2.1kg...syukur alhamdulillah..
tak sangka...aku dan suami kini sudah bergelar walid dan bonda:)

Thursday, May 5, 2011

MAKTUA MASUK HOSPITAL..

Assalamualaikum....



Hari ni hari ketiga maktua masuk wad..alhamdulillah, dah boleh balik sebelum tengahari...nak kena tunggu adik datang untuk sama-sama uruskan maktua...byk gak barang..kipas pun ada kami bawak dari rumah sebab maktua kata panas...sian plak kan...

Penuh betul orang kat wad nie....full....macam-macam perangai ada yang dapat aku lihat...kesian gak la sebab ramai yang dah tua dan uzur...terdiri daripada berbilang bangsa...Time waktu emlawat kadang-kadang rimas gak la,..sebab wad ni sempit, tapi yg datang melawat ramai..huhuhuhuanyway, dah nk habis dah...selama  hari ni aku dok gilir jaga maktua dengan adik...nasib baik la aku tak de kelas, jadi , mudahla sikit...semalam jela aku dok siapkan, pulun buat Teaching Portfolio...leceh betul..huhu nasib baik Course File aku dah siapkan awal..

Syok gak jadi orang ngandung nie, aku main masuk je wad ni suak suki aku je bila2 aku nak..tak kena tahan pun:p maybe dia nak tahan pun confius..kot2 la aku patient ke apa ke...harini plak aku siap pakai kad uitm masuk wad..konon2 macam doktor la.Bukan apa, malas plak nnti kalau-kalau kena tahan ke, soal ke..hehehe

oklah...ingat nak gi kantin jap ni...nak gi beli air..dahaga la plak...

Monday, May 2, 2011

PERSIAPAN MENYAMBUT ORANG BARU

Assalamualaikum...

Dah agak lama aku tak menulis kat sini sejak aku berpindah ke rumah baru di Kg Jawa.Alhamdulillah, rumah ni ok...tak de la penat kena naik turun tangga, nak beli barang pun mudah.Aku dan suami beli sofa kat kedai perabot terpakai..murah je..masih elok dan cantik lagik..Tak nak membazir beli yang baru sebab ni bukan rumah sendiri lagi..Tunggu rumah sendir , barulah nk beli yang elok dan cantik..InsyaALLAH..

Tinggal lagi lebih kurang 2 bulan untuk kami menyambut kehadiran orang abru dalam keluarga kami.Teruja, tak sabar semua bercampur baur.Maklumlah...anak pertama..pergerakanku pulak sekarang makin terbatas...cepat penat..nak, nak bila tiba waktu malam..mungkin sebab siang aku dah kerah tenaga buat itu ini, jadi malam kehabisan tenaga untuk buat byk keje..Kadang-kadang stress jugak..memandangkan aku belum biasa buat keje tertangguh-tangguh n lambat-lambat nie.Lagi-lagi kalau tgk keadaan rumah yang berserabut..aku ni jenis nak mengemas jela kejenyer...hehe Perubahan lain plak, aku jadi lebih sensitif sekarang..huhuhu perasaan rindu pada suami yang jauh di mata menjadi-jadi plak..ikutkan hati nak sentiasa berada dekat dengan suami.Sebelum ni ok je...la nie nak berenggang tu payah betul rasa..Pastu aku pulak dok terpikir nak pasal hal bersalin. Serba salah jadinya...mak ngan abah kalau boleh nak aku bersalin kat Pahang...Aku plak nak bersalin kat Perlis...nak bersalin dekat dengan suami..fikir hal ni je boleh buat aku menangis..huhuhu pelik sungguh perasaan ni.Sensitif sangat-sangat...

Semalam ada buat list persiapan barang-barang keperluan bayi.Nak tengok apa lagi yang belum lengkap.Banyak gak lagi..insyaALLAH, genap 8 bulan nanti akan buat persiapan terakhir.Aku nak kena ready dah barang-barang aku dan baby yang bakal lahir supaya kalau jadi apa-apa semua dah ada...Semoga semua urusan dipermudahkan...amin...Dan hajat aku yang terakhir sebelum melahirkan anak ialah nak khatam al-Quran kali kedua...:)

Friday, April 1, 2011

MENGUJI KESABARAN...

Assalamualaikum...

harini aku memulakan misi mengemas barang-barang untuk berpindah hari ahad nanti..tghri tadi, dapat perkhabaran adik aku kena gi kursus sampai ahad...suami tesayang plak tak leh balik weekend ni sebab kena keje...

aku taklah kisah sangat kalau adik aku kena gi kursus , sebab pindah pun hari ahad...takpelah kemas rumah sornag pun sebab barang taklah banyak sangat...pasal abang tak dapat balik shah alam toong aku pindah pun tak de hal lah..biasalh keje kan..lagipun Perlis tgh banjir, aku memang dah jangka suami memang kena keje n standby..lagipun keje askar ni kan tak menentu sangat..kadang-kadang ada je perkara tak terduga..so, tak jadi masalah la abang..jangan risau ye..sebagai isteri, insyaALLAH lis faham situasi dan keadaan abang di sana sebagai tentera ni...alhamdulillah , aku dah dilatih supaya berdikari dan tak terlalu bergantung pada orang lain.Mungkin inilah hikmahnyer kan...menjadi isteri tentera ni kena kuat dan tak leh la lembik-lembik nie...tapi kadang-kadang syok gak nak manja-manja dengan suami kan..hehehe tapi tengok pada keadaan dan masalah...time suami tengah serabut dgn keje kalau aku nak bermanja-manja mengada-ngada tu memang nak cari nahas la kan...hehehe

al-kisah plak terjadi la sedikit ketidakpuasan hati dengan tuan ruamh skrg ni...pening aku dibuatnyer..tension pun ada gak..geram pun ada gak..tapi entah mcmn aku jadi malas nak layan..sebab nanti aku gak yang sakit hati kan..so, aku pun bedal jela cakap apa yang aku rasa...apa yang aku pendam selama ni atas dasar hormat kepada tuan rumah yang lebih tua dan sebagai rakan sekerja...kadang-kadang payanh jugak..kita tak berkira dengan orang, tapi orang berkira dengan kita...geram jugaklah kan...oklah..apa pun, lantaklah...aku dah nak pindah pun....pasni kalau nak menyewa lagik, mintaklah dijauhkan daripada mendapat tuan rumah yang macamni..huhuhuhu....entahlah...dia salah ke aku salah...tapi, ikutkan aku tak bersalah!!!!!! hehehehe
Jumpa lagi:)

Tuesday, March 22, 2011

BAKAL BERPINDAH...

Assalamualaikum...

InsyaALLAH, awal bulan depan, 3hb 4 2011 , Ahad, akau dan adik akan berpindah rumah...rumah di Padang jawa..petang semalam kami gi tengok rumah. Alhamdulillah, setelah puas mencari, akhirnya jumpa jugak rumah yang bersesuaian..cuma tak mencapai target jela..kalau boleh nak rumah 3 bilik, ni rumah 2 bilik gak la..tapi better la sikit daripada rumah yang aku dok sekarang..besar pun besar gak...cantik lagi...:)

Sekurang-kurangnya, bukan rumah flat la..kena naik turun tangga..kena bayar ,maintenance bulan-bulan..hehe
InsyaALLAH..mudah la sikit nanti kalau nak beli tong gas ke..nak beli mesin basuh ke..sebab rumah kan..tak de la parah sangat nak mengankut barang nanti... Sewa pun lebih murah berbanding rumah sekaranag ni..Cuma agak jauh sikit je daripada INTEC tempat aku kerja...tapi still ok, sebab dekat dengan rumah kakak ipar..InsyaALLAH , kalau tak de aral, nanti baby kami akan diasuh oleh kakak ipar..Tapi kalau suami akau dapat postng dalam masa yang terdekat nie and dapat area KL or selangor, aku akan pindah lagi la..hehe sebab kena dok rumah pegawai yang disediakan...takpelah, sekurang-kurangnyer, aku dapat dok rumah dulu la...

So, ada sesiapa yang berminat nak sewa rumah yang aku dok sekarang tak????

rumah untuk di sewa :
Flat seksyen 17, no.311 tingkat 2
dekat dengan INTEC, UiTM seksyen 17, stesen bas, pasar malam, kedai
rumah lengkap dengan sofa, peti ais, dapur,tong gas, kabinet, meja makan
sewa RM600.kemasukan awal bulan 4
Berminat? hubungi sya ye;)

Sunday, March 20, 2011

PENGORBANAN SUAMIKU...

Assalamualaikum....

Minggu lepas ni mcm2 berlaku...alhamdulillah, suamiku dapat cuti 4 hari dan kebetulan kena pulak dgn tarikh lahir aku:) Then hari rabu lepas, suamiku datang Shah Alam semula sebab hari Khamis ada meeting di MINDEF.Mula-mula CO dia bagi balik hari Jumaat sebab ada mesyuarat BAKAT (persatuan khas untuk isteri tentera). Pastu tiba-tiba tengahari khamis lepas habis meeting je, CO dia suruh balik hari tu gak sebab mesyuarat BAKAT tak jadi. Alih-alih, petang tu dapat pulak arahan suruh gi ambik baju BAKAT kat MINDEF hari Jumaat.Kira boleh balik hari Jumaat la...tapi yang BESTNYERR...dia bagi duit RM 1200 je untuk duit baju BAKAT and mintak suami aku pakai dulu duit sendiri RM600.SABAU jela...Nasib baik ada duit..ish2...Nak dijadikan citer, kami merancang nk naik bas balik Perlis malam tu, beli tiket petang, tengok-tengok tiket habis...beli la tiket pagi esoknya, sabtu, 9 pagi.Alih-alih, maghrib tua dapat berita CO suruh hantar baju BAKAT esoknyer gak masa mesyuarat BAKAT.Jadi plak dah mesyuarat..huhuhu.. Aku ni risau suami aku dapat susah sebab CO bertuah tue...ajak suami balik Perlis naik keta. Alhamdulillah, suami setuju..kami pun pergilah balik kaunter tiket bas,  kot2 la dapat tukar tiket dengan duit balik.Tapi tak dapat, esok baru boleh dapat duit kalau tiket bas terjual.Hentam jela..

Jadi, haritu kami bertolak balik Perlis pukul 1.30pagi.Alhamdulillah, selamat sampai pukul 8 lebih ...Abang tukar seluar then terus pergi rumah BAKAT hantar baju BAKAT. Masa tu aku bersyukur sangat dapat sampai pada waktunya. Aku kemas-kemas rumah sikit...rasa sebak gak lah...sebab dah lama tak balik rumah Perlis sejak abang  masuk operasi. Dapat aku bayangkan keadaan rumah sepanjang abang tinggal pergi operasi.Balik dari operasi, dengan rumah bersawang, kotor...kesian sangat kat abang..penat-penat balik operasi, temgok rumah yang 'cantik' macamtu, bertambah la penat...Rasa bersalah pun ada..sebab aku tak de di sisi abang, menyambut abang balik dari operasi...Sebelum balik pagi tadi, aku kemas2 lagi rumah..at least , abang selesa sikit dok rumah nanti...Pun terasa sebak gak...terbayang abang sorang-sorang kat rumah..mesti sunyi...

Abang pulak sejak aku mengandung ni risau kalau aku travel jauh-jauh sorang-sorang. Abang drive hantar aku balik, pastu malamnya pulak naik bas balaik semula ke Perlis..penat tue...terima kasih abang bersusah payah untuk Lis.Semoga ada rezeki abang dpat posting dekat dengan Lis. At least, kalu tak dapat dok sekali pun, dapat posting dekat sikit dengan Selangor pun dah ok...Tiap kali solat, aku tak pernah putus berdoa..amin....


Sunday, March 13, 2011

TERIMA KASIH ABANG...SAYAAANGGGG ABANG:)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur ...Tahun ini, hari lahir ku amat bermakna sekali...Hari lahir pertama sebagai seorang isteri..terasa sangat bahagia berada di sisi suami tercinta...terima kasih abang...aku sangat terharu apabila suamiku membuat video khusus sempena hari lahirku...berair la air mata nie..nasib baik lampu dah tutup..hehe aku mmg mudah mengalirkan air mata..huhuhu
Ni sajak ( aku kira sajak la..) yang dibuat khas oleh suamiku dalam video tersebut ...

Di kala aku gelisah
Kau hadir sebagai sahabiah
Di kala aku tertekan
Kau hadir sebagai teman

Di kala aku bersedih
Kau hadir sebagai kekasih
Di kala aku berduka
Kau hadir membawa cinta membara

Kadangkala kutermenung kadangkala ku meresah
Mendepani ujian musibah..
Kadangkala putus asa kadangkala ku menangis
Kau datang beri kekuatan

Isteriku,
Kau anugerah yang tiada taranya
Kau pendampingku membuat hidupku sempurna
Sepertimana Adam perlukan Hawa

Isteriku,
Engkau adalah amanah dari Tuhan
Engkau yang diciptakan untuk melengkapi
Menjadi sayap kiri perjuangan

Terima Kasih ..wahai kekasih..kerana sudi menemaniku
Wlaau kau tahu siapa diriku..
Dirimu sanggup berjauhan
Dirimu sanggup ditinggalkan..
Dirimu sanggup menanggung rindu..
Dirimu sanggup menahan pilu
Pengorbanan demi pengorbanan..
Semua yang telah engkau lakukan
Hanyalah untukku suami mu..isteriku....

Kek yang dibeli oleh suamiku...separuh aku bedal..hehe lapar...selebihnya bawak balik rumah Balok, Pahang..my lovely mother meraikan hari lahirku dan abangku ..kami makan seafood:)Terima Kasih mak sebab melahirkan, membesarkan dan mendidik kakngah ...doakan kakangah ye...

Terima Kasih ALLAH..
Terima Kasih Mak Abah
Terima Kasih Abang Sayang...
LOVE U ALL SO MUCH...

Saturday, March 5, 2011

APA RAHSIA BULAN MAC....

  • Ni ambik daripada laman web rahsia bualn kelahiran...dulu masa sekolah menengah dah tau tentang hal nie...inilah dia rahsia bulan kelahiran bulan MAC :)
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

WALAU HANYA 4 HARI......

Alhamdulillah, aku mendapat perkhabaran yang suami aku akan dapat peluang cuti 4 hari setelah 2 bulan berada dalam operasi di Banding, Perak...walau hanya 4 hari..aku tak kisah..malah berita itu sebenarnya sangat, sangat, sangat mengembirakan aku...cukup untuk menghilangkan rasa kelelahan, kesakitan, kepenatan yang aku tempuhi sejak akhir-akhir ini..Banyak betul keje rasanya semester ini..alhamdulillah, ada suami yang sentiasa memberi sokongan dan mendengar keluh kesah aku..huhu..terima kasih abang...



Dan yang penting, walau hanya 4 hari, cukup memberi makna yang besar kepadaku..kerana tanggal 11 mac 2011, Jumaat ini merupakan tarikh lahir aku...dan ini merupakan hari lahir aku yang pertama dalam status baru aku...seorang isteri dan bakal ibu....syukur alhamdulillah atas nikmat kurnia yang ALLAh berikan kepada aku dan keluargaku..semoga sentiasa dikekalkan kebahagiaan, rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga kami hingga ke akhir hayat...

Sesungguhnya, walau hanya 4 hari, aku tetap bersyukur ...dan aku puas..yelah..daripada tak de hari langsung kan...kita ni kena pandai bersyukur atas apa sahaja yang ALLAH kurniakan..sebab aku yakin, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmah tersembunyi dari ALLAH..

Friday, March 4, 2011

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...


Harini, Jumaat, 4 march 2011 aku telah berjaya khatam quran. Sememangnya menjadi hajat di hati ketika aku disahkan mengandung, aku ingin khatam quran sebelum bersalin. Terima kasih buat suami tercinta atas sokongan dan ingatan agar aku selalu mengaji dan menasihatkan agar aku dapat khatam sebanyak mungkin sebelum bersalin...terasa seronok sekarang dapat mengaji dan memperdengarkan aluna ayat suci al-quran kepada bayi di dalam kandunganku ini..Sekarang kandunganku sudah masuk 21 minggu. Bayi dah boleh mendengar dengan jelas suaraku..kadang-kadang, sedang aku mengaji, dia akan tendang2 ..hehe tapi selalunya senyap je bila mendengar ayat suci al-quran dialukan...

InsyaALLAH, aku akan pasang aluan zikir dan ayat suci al-quran sebelum tido agar bayi terbiasa mendengar ayat suci memuji ALLAH S.W.T Mungkin hal yang sama juga boleh dilakukan oleh semua bakal ibu yang beragama Islam. Abang cakap, bayi ni dekat dengan ALLAH, jadi sangat elok kita alunkan ayat suci al-Quran...

Semoga kita semua istiqamah membaca quran setiap hari walaupun tidak mengandung..aminn....

Tuesday, March 1, 2011

i-prokhas INTEC



Assalamualaikum...
Dah agak lama menyepi sebab banyak keje..huhu..hujung minggu yang lalu, aku telah ke Kem Asahan, Melaka untuk program i-prokhas..atau nama panjangnyer intec program khas.program khusus untuk pelajar muslim yang akan ke luar negara. Dalam progarm ni kita akan mengajar modul-modul yang diperlukan pelajar ketika berada di luar negara seperti solat jama', pengurusan jenazah, fiqh travelers dan banyak lagi...teori + praktikal...modul yang paling best mestilah kembara alam. Dimana setiap checkpoint memerlukan pelajar mempraktikkan ilmu2 fiqh travelers.Malah mereka turut solat di dalam hutan...Kalau i-prokhas yang dulu pelajar menghadapi cabaran hujan lebat, track yang licin, pacat tpai kali ni pula pelajar berdepan dengan cuaca yang panas terik....ffuuuhhhh..mmg sangat panas. Aku selaku ketua fasi kena memastikan semua aktiviti berjalan lancar...


ha..ni time checkpoint aku jaga..kena buat bendera pasukan masing-masing..hehehe macam-macam gelagat ada...tapi memang best..sekarang ni pergerakan dah terbatas la sebab tengah mengandung...anyway, bulan ni akhir bulan 3 akan ada lagi program i-prokhas siri ke 5..mungkin ini adalah siri terakhir yang akan aku pergi sebab kandungan pun dah masuk 6 bulan...so, next program, aku akan melatih pengganti aku agar dia dapat menjalankan tugas dengan baik..hehe Affuan..siap sedia ekk..:)

apa yang penting, bulan 3 ni bulan yang mengembirakan aku :) Abang akan habis operasi bulan 3, habis operasi 6hb 3 nie..alhamdulillah...sebelum hari lahir aku tiba..ni birthday pertama aku sebagai seorang isteri dan bakal ibu:) syukur alhamdulillah ya ALLAH atas nikmat yang KAU limpahkan....

Sehingga berjumpa lagi untuk cerita yang akan datang :)

Tuesday, February 22, 2011

BANYAKNYER KEJE

Nampak gaya bertambah la keje aku sem nie...tak pe2..sementara masih larat ni buat jela mana yang boleh..nanti dah cuti bersalin tiada siapa yang boleh mengganggu ku lagi..hehe

Petang tadi aku menghadiri 2 mesyuarat...bersama dengan ketua program ADFP untuk membincangkan perkara dan dokumen yang perlu dibawa untuk mesyuarat dengan Dr Beep , Pengarah INTEC minggu depan...banyak jugak benda yang kena diuruskan...harap-harap aku dapat semua dokumen dan maklumat yang berkenaan dari semua pensyarah CITU yang mengajar ADFP.

Habis mesyuarat dengan Dr Lin , aku pergi mesyuarat i-Prokhas pulak..yang ni nak masuk siri ke 4 dah..Jadi tak lah teruk sangat persiapan yang harus aku buat. Cuma kena penambahbaikan je lagi. Rasanya ni sem last aku dengan progarm ni sebab bila dah bersalin dan ada anak susah la sikit nak involved dengan program.Nak, nak kalau anak aku tu masih menyusu badan.. Sape nak jaga nanti..Kalau boleh bawak suami oklah..memamg boleh, tapi aku kan PJJ dengan suami ku yang tersayang...takpelah, ada la rezeki lain untuk anak kami nanti.

Lepas maghrib ni plak, aku akan ke Kolej Akasia untuk memberikan kuliah maghrib kepada pelajar-pelajar siswi di sana.Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.Semoga aku dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang sedikit ini untuk manafaat mereka semua.Aku bukanlah yang terbaik, tapi aku akan memberikan yang terbaik..InsyaALLAH...

Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu suamiku habis operasi. Kalau dia dapat cuti (hopefully), bolehla beli barang baby sikit-sikit. Nanti bilamana kandungan dah masuk 7 atau 8 bulan, nak pergi scan sama-sama dengan suami =) oklah, sektakat di sini dulu untuk kali ini.Jumpa lagi..

Saturday, February 19, 2011

MACAM-MACAM RAGAM BERSAMA SUAMIKU...

Assalamualaikum...

Harini nak bercerita tentang hal yang terjadi hari Jumaat lepas... Abang baru je habis kursus di ILMI lepas solat Jumaat..Lebih kurang pukul 3 petang abang sampai kat rumah Shah Alam. Haritu aku beli susu soya organik daripada Saidah. Entah macammna haritu, lebih kurang jam 5.30 petang, betul-betul lepas aku dan abang minum petang, aku dapat panggilan kecemasan daripada Saidah..Kereta yang dipandu Affuan , suami Saidah terlanggar besi yang melintang di lebuhraya..Apa lagi, habis bocor tangki minyak kereta kenari mereka. Yang lawaknya plak, Saidah bagitau masa Affuan suruh semua turun lari jauh dari kereta sebab takut kereta meletup memandangkan tangki minyak bocor..minyak keluar mencurah macam air...Saidah sempat lagi ambik laptop sebab tesis master dia ada dalam laptop tu..hehehe

Maka bergegaslah cik abangku sayang dengan aku sekalilah ke lebuhraya elite kolimeter 19. Tapi time kami sampai, kereta mereka dah di tunda ke tol Putrajaya.Rasa rugi plak time tue tak bawak kamera..hehe kalau tak dapat la aku rakam gambar Saidah yang duduk dalam keta kawal stering keta, manakala Affuan ngan suamiku, Azli plak tolak keta. Nak parking di tempat yang lebih selamat.Alhamdulillah.. Tsana' tak buat hal..ketawa je kerja dia..:)

Lepas tu kami terus ke USIM kejap dan terus ke Gombak hantar Affuan, Saidah dan Tsana' balik.. Sebelum tu kami singgah makan di kedai makan.Siadah bagi nama Kedai Simpang Tiga apa ntah...pelik benor bunyinyerr...hehe tapi memang sedap...aku makan sikit je..hehe kena kontrol makan da...kalau ikut nafsu time ngandung ni, gemuk la aku...asal lapar je aku akan makan buah-buahan ke, kismis ke...yang penting jangan biar perut kosong..

Sebaik je selesai makan, kami hantar mereka balik rumah, sempatlah singgah jap..akhirnya aku berkesempatan jugak lah pergi rumah diaorang sebelum mereka pindah ke Shah Alam hujung bulan ni.
Yang bestnyer. lebih kurang dalam 3-4km kami bertolak balik dari rumah Saidah, mamat motor mana ntah dengan tak de helmetnyer, hon keta kami then mintak kami berhenti tepi bahu jalan..Macam kenal je mamat motor nie...Affuan rupa-rupanya...HP dia tertinggal dalam keta..hehe nasib baik kami tak jauh lagi..

Kami sampai kat rumah lebih kurang pukul 10.30 malam. Terima kasih abang...Walaupun abang kepenatan, mengantuk abang drive jugak keta..Sejak lis mengandung nie, kalau ada abang je mesti abang tak bagi Lis drive..Abang tertido kepenatan tak sedar diri..hehe penat sangat-sangat..SAYANG ABANG :*

Wednesday, February 16, 2011

SENTUHAN EMOSI BUAT SI KECIL SIRI 2

mari kita sambung berkenaan sentuhan buat si kecil kita..

4-6 bulan
Inilah masanya untuk anda ketawa dengannya!Bercakap dengan bayi dan tiru seakan buara bayi anda ketika menyusu, memakai baju,menukar lampin atau masa mandi. Peruntukkan sedikit masa untuk bermain di lantai bersamanay setiap hari. Kalau dah ada kakak,abang,perkenalkan bayi anda kepadanya.Galakkan bayi anda ketawa dan bermain dengan muka lucu, suara dan pergerakan yang menarik perhatiannya.Sekali sekala bawa bayi anda bersiar-siar di luar

7-9 bulan
Beri bayi anda barangan mainan yang lembut yang mengeluarkan bunyi apabila ia digoncang atau dipukul. Dukungnya sambil bermain di hadapan cermin, panggil namanya dan lihat tindak balasnya.Bercakap dengan bayi anda dan tunggu tindak balasnya. Jangan lupa bermain permaian ba ba cak!Sambil itu membuat pelbagai bunyi dan nada daripada mulut.Pada masa ini, kita sudah boleh menunjukkan kad imbasan dan buku ilustrasi yang menarik kepadanya. Bina objek yang tinggi dan tunjukkan cara memukul objek itu sehingga membuatkan objek itu runtuh

10-12 bulan
Pegang dan peluklah bayi selalu untuk menunjukkan anda menyayanginya. Baca buku cerita kepadanya setiap hari. Lihat gambar pada buku dan nerceritalah mengenai  gambar dalm buku itu. Meninggalkannya seketika di tempat selamat ketika bermain untuk mengajarnya yang anda akan datang kembali. Kenalkan bayi anda kepada ornag dan benda baru disekelilingnya.

Tips tambahan : Elok juga kita perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran semasa bayi kita hendak tidur atau ketika mereka tidur dengan nada yang perlahan..

SENTUHAN EMOSI BUAT SI KECIL..

Haa...mari kita berkongsi maklumat tentang si kecil bayi...ni persediaan aku sebelum bergelar bonda pada bulan 7 nanti...insyaALLAH..ni dapat daripada majalah pa&ma..jadi pembaca dan pembeli setia sejak disahkan mengandung..:)

Sejak Lahir
Pegang bayi anda sambil memandang wajahnya dan bercakap dengan nada suara yang lembut.Biarkan bayi anda mendengar suara anda dengan nada lembut.Goyangkan bayi anda dalam satu irama yang lembut. Bedung bayi demngan selimut yang lembut untuk membuatkan bayi merasa selamat dan mengelakkan bayi daripada melakukan pergerakan yang membuatkan dia merasa tidak selamat.

1-3 bulan
Pegang bayi secara bertentangan dan lakukan hubungan mata dengannya. Bercakap dengan suara lembut juga ketika memakai baju, mandi, menyusu atau bermain dengannya.Pada masa yang sama beri kepadanya permainan yang lembut yang mempunyai pelbagai bunyi seperti bunyi angin, detik jam dll. Jangan lupa memanggil nama bayi anda.

to be continue...

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum....

Semalam merupakan hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tak perlulah tunggu hari lahir baginda untuk memperingati baginda..hari-hari kita banyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Lazimnya kalau kat Malaysia ni, kita menyambut maulidur rasul dengan perarakan memegang sepanduk dan berselawat...hmm...tak de cara lain yang lebih baik...contohnya macam mengamalkan sunnah baginda s.a.w ke, menguatkuasakan sunnah dan ajaran baginda ke..rasaya itu lagi,lagi, lagi elok...afdhal orang kata..

Kalau kat INTEC plak, sambutan Maulidur Rasul akan dibuat pada hari jumaat, 18 feb 2011. hmm..sedar-tak sedar, ada pihak dok menyambut hari valentine hari isnin, pastu sambut maulidur rasul hari selasa..rasa-rasanya, ramai yang sambut valentine ke , sambut maulidur rasul eekkk....tepuk dada, pandang sekeliling, tanya iman...

Apa pun aku bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur menikmati sisa-sisa kehidupan yang ada..Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berjumpa dengan suami tersayang sebab suami kena masuk operasi, sempena hari Maulidur Radul, aku dapat bertemu suami..alhamdulillah..terubat sangat kerinduan..haa..yang best, buat pertama kali baby dalam kandungan ku dapat dengar suara walid dia..hehehe

Sunday, February 13, 2011

KACA (Ke Arah Kecemerlangan Akademik)

Assalamualaikum....

Petang semalam sebaik sahaja aku habis conference akademik, lebih kurang jam 5.30 petang naik bas bertolak ke Excell Training Resort Lenggeng Negeri Sembilan. Pelajar daripada program AUSMAT, ADFP yang hadir..tapi ada gak pelajar yang liat nak pergi program yang sebenarnya memberi manafaat kepada mereka..betullah kata-kata ALLAH dalam al-Quran,kita tak boleh ubah seseorang itu kalau dia sendiri yang tak nak berubah...hmmm....apa-apapun, syabas kepada pelajar-pelajar yang hadir. TAHNIAH!!!!

Friday, February 11, 2011

Suamiku sayang..


Inilah gambar suami yang amat aku sayangi...alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada bulan mei 2010...sekarang aku dah mengandung 4 bulan 2 minggu...pengalaman mengandung memang menakjubkan...
abang, terima kasih kerana selalu mengingatkan lis agar rajin mengaji, makan makanan berkhasiat, qiam dll.
Abang, ketahuilah sesungguhnya lis amat menyintai abang..walau kita berjauhan, abang di Perlis, Lis pula di Shah Alam, abang sentiasa dekat di hati Lis sentiasa..
Lis sentiasa doakan agar semua kerja abang dipermudahkan..dimurahkan rezeki kita sekeluarga..banyak cabaran hidup berjauhan ni kan abang? insyaALLAH , kita mampu melaluinya..

Saje nak try

Assalamualaikum....

Tiba-tiba malamni terasa macam nak try buat blog..Walaupun tak tahu macamna sebenarnya, tapi aku main taram je...nampak macam best je..at least kalau ada apa-apa yang aku boleh share boelh jugaklah tulis kat sini..
kepada sesiapa yang pandai bab blog ni minta tunjuk ajar ye...maklumlah budak baru belajar..macam best plak bila dah start menulis...anyway..nnt kita share lagi ye...first draf dulu