Blogger Layouts

Friday, February 11, 2011

Suamiku sayang..


Inilah gambar suami yang amat aku sayangi...alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada bulan mei 2010...sekarang aku dah mengandung 4 bulan 2 minggu...pengalaman mengandung memang menakjubkan...
abang, terima kasih kerana selalu mengingatkan lis agar rajin mengaji, makan makanan berkhasiat, qiam dll.
Abang, ketahuilah sesungguhnya lis amat menyintai abang..walau kita berjauhan, abang di Perlis, Lis pula di Shah Alam, abang sentiasa dekat di hati Lis sentiasa..
Lis sentiasa doakan agar semua kerja abang dipermudahkan..dimurahkan rezeki kita sekeluarga..banyak cabaran hidup berjauhan ni kan abang? insyaALLAH , kita mampu melaluinya..

2 comments:

  1. salam buat sayang...
    thanks sbb sudi jd zaujah abang..
    pengorbanan sayang amat abang hargai..
    tugas dan tanggungjawab kerja abang bukan memerlukan pengorbanan
    abang seorang tetapi menuntut pengorbanan sayang jua..
    terima kasih kerana memahami kerjaya abang...
    tanpa pengertian dan sokongan dari sayang
    mungkin abang xsekuat ini mnempuhi keadaan skarang ini..
    Jazakillah khairan jaza' buat sayang skali lagi
    kerana berkorban menanggung susah payah di dalam membawa
    "amanah" Tuhan yang baru kite terima ini..Alhamdulillah..
    semoge sayang sentiasa dipelihara oleh Allah
    bersama "amanah" yang amat berharga ini...
    asykuruka ya Allah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih abang...insyaALLAh ..semoga kita berdua diberi kekuatan menghadapi setiap corak kehidupan di alam berumahtangga..insyaALLAh..ada rezeki, semoga ALLAH permudahkan agar kita dapat hidup berdekatan nanti..Lis tetap yakin mesti ada hikmah, kenapa kita terpaksa PJJ buat masa ini..

    ReplyDelete