Blogger Layouts

Wednesday, February 16, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum....

Semalam merupakan hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tak perlulah tunggu hari lahir baginda untuk memperingati baginda..hari-hari kita banyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Lazimnya kalau kat Malaysia ni, kita menyambut maulidur rasul dengan perarakan memegang sepanduk dan berselawat...hmm...tak de cara lain yang lebih baik...contohnya macam mengamalkan sunnah baginda s.a.w ke, menguatkuasakan sunnah dan ajaran baginda ke..rasaya itu lagi,lagi, lagi elok...afdhal orang kata..

Kalau kat INTEC plak, sambutan Maulidur Rasul akan dibuat pada hari jumaat, 18 feb 2011. hmm..sedar-tak sedar, ada pihak dok menyambut hari valentine hari isnin, pastu sambut maulidur rasul hari selasa..rasa-rasanya, ramai yang sambut valentine ke , sambut maulidur rasul eekkk....tepuk dada, pandang sekeliling, tanya iman...

Apa pun aku bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur menikmati sisa-sisa kehidupan yang ada..Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berjumpa dengan suami tersayang sebab suami kena masuk operasi, sempena hari Maulidur Radul, aku dapat bertemu suami..alhamdulillah..terubat sangat kerinduan..haa..yang best, buat pertama kali baby dalam kandungan ku dapat dengar suara walid dia..hehehe

No comments:

Post a Comment