Blogger Layouts

Tuesday, February 22, 2011

BANYAKNYER KEJE

Nampak gaya bertambah la keje aku sem nie...tak pe2..sementara masih larat ni buat jela mana yang boleh..nanti dah cuti bersalin tiada siapa yang boleh mengganggu ku lagi..hehe

Petang tadi aku menghadiri 2 mesyuarat...bersama dengan ketua program ADFP untuk membincangkan perkara dan dokumen yang perlu dibawa untuk mesyuarat dengan Dr Beep , Pengarah INTEC minggu depan...banyak jugak benda yang kena diuruskan...harap-harap aku dapat semua dokumen dan maklumat yang berkenaan dari semua pensyarah CITU yang mengajar ADFP.

Habis mesyuarat dengan Dr Lin , aku pergi mesyuarat i-Prokhas pulak..yang ni nak masuk siri ke 4 dah..Jadi tak lah teruk sangat persiapan yang harus aku buat. Cuma kena penambahbaikan je lagi. Rasanya ni sem last aku dengan progarm ni sebab bila dah bersalin dan ada anak susah la sikit nak involved dengan program.Nak, nak kalau anak aku tu masih menyusu badan.. Sape nak jaga nanti..Kalau boleh bawak suami oklah..memamg boleh, tapi aku kan PJJ dengan suami ku yang tersayang...takpelah, ada la rezeki lain untuk anak kami nanti.

Lepas maghrib ni plak, aku akan ke Kolej Akasia untuk memberikan kuliah maghrib kepada pelajar-pelajar siswi di sana.Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.Semoga aku dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang sedikit ini untuk manafaat mereka semua.Aku bukanlah yang terbaik, tapi aku akan memberikan yang terbaik..InsyaALLAH...

Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu suamiku habis operasi. Kalau dia dapat cuti (hopefully), bolehla beli barang baby sikit-sikit. Nanti bilamana kandungan dah masuk 7 atau 8 bulan, nak pergi scan sama-sama dengan suami =) oklah, sektakat di sini dulu untuk kali ini.Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment