Blogger Layouts

Tuesday, February 22, 2011

BANYAKNYER KEJE

Nampak gaya bertambah la keje aku sem nie...tak pe2..sementara masih larat ni buat jela mana yang boleh..nanti dah cuti bersalin tiada siapa yang boleh mengganggu ku lagi..hehe

Petang tadi aku menghadiri 2 mesyuarat...bersama dengan ketua program ADFP untuk membincangkan perkara dan dokumen yang perlu dibawa untuk mesyuarat dengan Dr Beep , Pengarah INTEC minggu depan...banyak jugak benda yang kena diuruskan...harap-harap aku dapat semua dokumen dan maklumat yang berkenaan dari semua pensyarah CITU yang mengajar ADFP.

Habis mesyuarat dengan Dr Lin , aku pergi mesyuarat i-Prokhas pulak..yang ni nak masuk siri ke 4 dah..Jadi tak lah teruk sangat persiapan yang harus aku buat. Cuma kena penambahbaikan je lagi. Rasanya ni sem last aku dengan progarm ni sebab bila dah bersalin dan ada anak susah la sikit nak involved dengan program.Nak, nak kalau anak aku tu masih menyusu badan.. Sape nak jaga nanti..Kalau boleh bawak suami oklah..memamg boleh, tapi aku kan PJJ dengan suami ku yang tersayang...takpelah, ada la rezeki lain untuk anak kami nanti.

Lepas maghrib ni plak, aku akan ke Kolej Akasia untuk memberikan kuliah maghrib kepada pelajar-pelajar siswi di sana.Alhamdulillah, setakat ini, sambutan yang diberikan adalah sangat menggalakkan.Semoga aku dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang sedikit ini untuk manafaat mereka semua.Aku bukanlah yang terbaik, tapi aku akan memberikan yang terbaik..InsyaALLAH...

Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu suamiku habis operasi. Kalau dia dapat cuti (hopefully), bolehla beli barang baby sikit-sikit. Nanti bilamana kandungan dah masuk 7 atau 8 bulan, nak pergi scan sama-sama dengan suami =) oklah, sektakat di sini dulu untuk kali ini.Jumpa lagi..

Saturday, February 19, 2011

MACAM-MACAM RAGAM BERSAMA SUAMIKU...

Assalamualaikum...

Harini nak bercerita tentang hal yang terjadi hari Jumaat lepas... Abang baru je habis kursus di ILMI lepas solat Jumaat..Lebih kurang pukul 3 petang abang sampai kat rumah Shah Alam. Haritu aku beli susu soya organik daripada Saidah. Entah macammna haritu, lebih kurang jam 5.30 petang, betul-betul lepas aku dan abang minum petang, aku dapat panggilan kecemasan daripada Saidah..Kereta yang dipandu Affuan , suami Saidah terlanggar besi yang melintang di lebuhraya..Apa lagi, habis bocor tangki minyak kereta kenari mereka. Yang lawaknya plak, Saidah bagitau masa Affuan suruh semua turun lari jauh dari kereta sebab takut kereta meletup memandangkan tangki minyak bocor..minyak keluar mencurah macam air...Saidah sempat lagi ambik laptop sebab tesis master dia ada dalam laptop tu..hehehe

Maka bergegaslah cik abangku sayang dengan aku sekalilah ke lebuhraya elite kolimeter 19. Tapi time kami sampai, kereta mereka dah di tunda ke tol Putrajaya.Rasa rugi plak time tue tak bawak kamera..hehe kalau tak dapat la aku rakam gambar Saidah yang duduk dalam keta kawal stering keta, manakala Affuan ngan suamiku, Azli plak tolak keta. Nak parking di tempat yang lebih selamat.Alhamdulillah.. Tsana' tak buat hal..ketawa je kerja dia..:)

Lepas tu kami terus ke USIM kejap dan terus ke Gombak hantar Affuan, Saidah dan Tsana' balik.. Sebelum tu kami singgah makan di kedai makan.Siadah bagi nama Kedai Simpang Tiga apa ntah...pelik benor bunyinyerr...hehe tapi memang sedap...aku makan sikit je..hehe kena kontrol makan da...kalau ikut nafsu time ngandung ni, gemuk la aku...asal lapar je aku akan makan buah-buahan ke, kismis ke...yang penting jangan biar perut kosong..

Sebaik je selesai makan, kami hantar mereka balik rumah, sempatlah singgah jap..akhirnya aku berkesempatan jugak lah pergi rumah diaorang sebelum mereka pindah ke Shah Alam hujung bulan ni.
Yang bestnyer. lebih kurang dalam 3-4km kami bertolak balik dari rumah Saidah, mamat motor mana ntah dengan tak de helmetnyer, hon keta kami then mintak kami berhenti tepi bahu jalan..Macam kenal je mamat motor nie...Affuan rupa-rupanya...HP dia tertinggal dalam keta..hehe nasib baik kami tak jauh lagi..

Kami sampai kat rumah lebih kurang pukul 10.30 malam. Terima kasih abang...Walaupun abang kepenatan, mengantuk abang drive jugak keta..Sejak lis mengandung nie, kalau ada abang je mesti abang tak bagi Lis drive..Abang tertido kepenatan tak sedar diri..hehe penat sangat-sangat..SAYANG ABANG :*

Wednesday, February 16, 2011

SENTUHAN EMOSI BUAT SI KECIL SIRI 2

mari kita sambung berkenaan sentuhan buat si kecil kita..

4-6 bulan
Inilah masanya untuk anda ketawa dengannya!Bercakap dengan bayi dan tiru seakan buara bayi anda ketika menyusu, memakai baju,menukar lampin atau masa mandi. Peruntukkan sedikit masa untuk bermain di lantai bersamanay setiap hari. Kalau dah ada kakak,abang,perkenalkan bayi anda kepadanya.Galakkan bayi anda ketawa dan bermain dengan muka lucu, suara dan pergerakan yang menarik perhatiannya.Sekali sekala bawa bayi anda bersiar-siar di luar

7-9 bulan
Beri bayi anda barangan mainan yang lembut yang mengeluarkan bunyi apabila ia digoncang atau dipukul. Dukungnya sambil bermain di hadapan cermin, panggil namanya dan lihat tindak balasnya.Bercakap dengan bayi anda dan tunggu tindak balasnya. Jangan lupa bermain permaian ba ba cak!Sambil itu membuat pelbagai bunyi dan nada daripada mulut.Pada masa ini, kita sudah boleh menunjukkan kad imbasan dan buku ilustrasi yang menarik kepadanya. Bina objek yang tinggi dan tunjukkan cara memukul objek itu sehingga membuatkan objek itu runtuh

10-12 bulan
Pegang dan peluklah bayi selalu untuk menunjukkan anda menyayanginya. Baca buku cerita kepadanya setiap hari. Lihat gambar pada buku dan nerceritalah mengenai  gambar dalm buku itu. Meninggalkannya seketika di tempat selamat ketika bermain untuk mengajarnya yang anda akan datang kembali. Kenalkan bayi anda kepada ornag dan benda baru disekelilingnya.

Tips tambahan : Elok juga kita perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran semasa bayi kita hendak tidur atau ketika mereka tidur dengan nada yang perlahan..

SENTUHAN EMOSI BUAT SI KECIL..

Haa...mari kita berkongsi maklumat tentang si kecil bayi...ni persediaan aku sebelum bergelar bonda pada bulan 7 nanti...insyaALLAH..ni dapat daripada majalah pa&ma..jadi pembaca dan pembeli setia sejak disahkan mengandung..:)

Sejak Lahir
Pegang bayi anda sambil memandang wajahnya dan bercakap dengan nada suara yang lembut.Biarkan bayi anda mendengar suara anda dengan nada lembut.Goyangkan bayi anda dalam satu irama yang lembut. Bedung bayi demngan selimut yang lembut untuk membuatkan bayi merasa selamat dan mengelakkan bayi daripada melakukan pergerakan yang membuatkan dia merasa tidak selamat.

1-3 bulan
Pegang bayi secara bertentangan dan lakukan hubungan mata dengannya. Bercakap dengan suara lembut juga ketika memakai baju, mandi, menyusu atau bermain dengannya.Pada masa yang sama beri kepadanya permainan yang lembut yang mempunyai pelbagai bunyi seperti bunyi angin, detik jam dll. Jangan lupa memanggil nama bayi anda.

to be continue...

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum....

Semalam merupakan hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Rasanya tak perlulah tunggu hari lahir baginda untuk memperingati baginda..hari-hari kita banyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Lazimnya kalau kat Malaysia ni, kita menyambut maulidur rasul dengan perarakan memegang sepanduk dan berselawat...hmm...tak de cara lain yang lebih baik...contohnya macam mengamalkan sunnah baginda s.a.w ke, menguatkuasakan sunnah dan ajaran baginda ke..rasaya itu lagi,lagi, lagi elok...afdhal orang kata..

Kalau kat INTEC plak, sambutan Maulidur Rasul akan dibuat pada hari jumaat, 18 feb 2011. hmm..sedar-tak sedar, ada pihak dok menyambut hari valentine hari isnin, pastu sambut maulidur rasul hari selasa..rasa-rasanya, ramai yang sambut valentine ke , sambut maulidur rasul eekkk....tepuk dada, pandang sekeliling, tanya iman...

Apa pun aku bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur menikmati sisa-sisa kehidupan yang ada..Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berjumpa dengan suami tersayang sebab suami kena masuk operasi, sempena hari Maulidur Radul, aku dapat bertemu suami..alhamdulillah..terubat sangat kerinduan..haa..yang best, buat pertama kali baby dalam kandungan ku dapat dengar suara walid dia..hehehe

Sunday, February 13, 2011

KACA (Ke Arah Kecemerlangan Akademik)

Assalamualaikum....

Petang semalam sebaik sahaja aku habis conference akademik, lebih kurang jam 5.30 petang naik bas bertolak ke Excell Training Resort Lenggeng Negeri Sembilan. Pelajar daripada program AUSMAT, ADFP yang hadir..tapi ada gak pelajar yang liat nak pergi program yang sebenarnya memberi manafaat kepada mereka..betullah kata-kata ALLAH dalam al-Quran,kita tak boleh ubah seseorang itu kalau dia sendiri yang tak nak berubah...hmmm....apa-apapun, syabas kepada pelajar-pelajar yang hadir. TAHNIAH!!!!

Friday, February 11, 2011

Suamiku sayang..


Inilah gambar suami yang amat aku sayangi...alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada bulan mei 2010...sekarang aku dah mengandung 4 bulan 2 minggu...pengalaman mengandung memang menakjubkan...
abang, terima kasih kerana selalu mengingatkan lis agar rajin mengaji, makan makanan berkhasiat, qiam dll.
Abang, ketahuilah sesungguhnya lis amat menyintai abang..walau kita berjauhan, abang di Perlis, Lis pula di Shah Alam, abang sentiasa dekat di hati Lis sentiasa..
Lis sentiasa doakan agar semua kerja abang dipermudahkan..dimurahkan rezeki kita sekeluarga..banyak cabaran hidup berjauhan ni kan abang? insyaALLAH , kita mampu melaluinya..

Saje nak try

Assalamualaikum....

Tiba-tiba malamni terasa macam nak try buat blog..Walaupun tak tahu macamna sebenarnya, tapi aku main taram je...nampak macam best je..at least kalau ada apa-apa yang aku boleh share boelh jugaklah tulis kat sini..
kepada sesiapa yang pandai bab blog ni minta tunjuk ajar ye...maklumlah budak baru belajar..macam best plak bila dah start menulis...anyway..nnt kita share lagi ye...first draf dulu