Blogger Layouts

Saturday, August 20, 2011

KELAS MEMASAK....

Assalamualaikum....

Dear diari...
Mana agaknya aku boleh belajar memasak makanan yang best-best???Agaknya aku ni dah hilang skill memasak ...masak semua serba tak kena rasanya...Abang pun senyap je makan..agaknya memang tak sedap, tapi sebab nak jaga hati aku, dia makan je....tadi masak ayam percik..sikit je abang makan..tak jadi kot aku masak...entahlah...2 kali aku try masak nasi impit sambal..pun tak menjadi lagi...aku ni mmg tak reti masak..kesian abang dapat isteri macam aku yang tak reti masak, kuat mengarah plak tu..mintak tolong itu ini...entahlah..kenapalah dengan aku nie..tak boleh berdikari sendiri agaknya..maybe sebab aku rasa nanti dah balik shah alam, aku tak boleh dah nak manja-manja mintak tolong itu ini membuatkan aku nak dia tolong aku kot..takpelah...baik aku belajar buat sendiri semua benda..nanti balik shah alam tak lah terasa sangat...
oklah..jumpa lagi

Friday, August 19, 2011

RAMADHAN YANG SEMAKIN MENINGGALKAN KITA

Assalamualaikum....

Harini dah 20 ramadhan..bermakna tinggal kira-kira 10 hari je lagi nak raya dan lebih kurang 3 minggu lagi aku cuti...sekejap je masa berlalu.dah 20 hari aku kat Perlis...dok sekali dgn suami dan jaisyu...nampaknya, aku ni serba tak kena sepanjang ramdhan nie.Kadang-kadang mood aku jadi tak menetu..moody je..yang jadi mangsa suami aku..sian dia..tapi aku mmg tak leh nk kontrol..sebab kadang-kadang aku memang sangat-sangat penat kena uruskan anakku jaisyu lebih-lebih lagi kalu dia meragam...sanagt mencabar aku rasa walaupun jadi suri rumah je..nak uruskan rumahtangga, anak, masak untuk berbuka dan sahur...kadang-kadang terasa sangat penat n nak abang tolong.maybe sebab suami ada jadi aku menaruh harapan suami boleh tolong aku sekali kat dpaur ke masa masak untuk berbuka..angkat kain ke, lipat kain ke..uruskan anak ke...mungkin sikap aku yang nak semua teratur menyebabkan aku mudah stress...aku nak jadi isteri sempurna untuk suami yg boleh siapkan dan uruskan semua sekali..tapi aku lupa yang aku dh ada anak...jadi semua tak sama masa sebelum ada anak...masa sgt suntuk kadang-kadang untuk buat apa-apa...

berpuasa, menyusukan anak sebenarnya bagi aku sanagt memenatkan..kadang-kadang aku boleh handle n buat mcm ok je..kdg2 tak mampu...aku tak nak suami aku risau n rasa kekurangan sepanjang aku ada kat sini...tapi kadang-kadang alku sedih sanagt sebab tak berjaya memenuhi apa yang suami aku nak..masak ala kadar je..tak sedap plak tue...kadang-kadang tawar..kadang -kadang masin..huhuhu sangat sedih..kesian suami aku makan je apa yang aku masak...

lepas ni aku akan dok shah alam n uruskan jaisyu sendirian...dah tak leh harapkan abang tolong aku baut itu ini..masa kat perlis jela kalu boleh mintak tolong...tak pelah...di akhir2 ramadhan ni aku nak buat semua sendiri..aku nak suami aku rehat je..sebab bukan selalu aku dpat duduk bersam suami lama-lama macamni...tak nak la nanti suami aku terasa lagi elok aku tak de..sebab aku ni kaut jugak membebel..hehe mana taknyer..aku kemas elok2 mesti cik abang aku sepahkan balik...ish2...sabau jela...
oklah, nak solat plak...nak gosok baju abang...sabtu ahad ni abang kena keje...

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN YANG MENCABAR...

Assalamualaikum....

Ramadhan kareem...harini dah 2 ramadhan..alhamdulillah, tahun ni aku dapat menyambut ramadhan sebagai seorg ibu...Tahun ni seronok sgt rasa berpuasa sebab dapat bersama dengan suami berpuasa sama-sama....Sebagai isteri dan ibu yang mempunyai anak kecil memang mencabar...nak buat keje hanya time Jaisyu tidur...Masa tula nak kemas rumah, basuh baju, jemur baju, masak dll...Kadang-kadang jaisyu kerap mengamuk...tak tau kenapa...puas jugak aku nak pujuk, tidokan dia...kadang-kadang tercabar jugaklah kesabaran aku...aku berdoa sangat agar diberi kesabaran....

Thursday, July 21, 2011

KELAMBU MODEN ~ ELAKKAN GUNA CHEMICAL





Assalamualaikum...
Harini aku nak share tentang kelambu moden..aku try2 menjual kelambu moden di FB. Kalau ada yang berminat nak beli boleh la tempah...apa keistimewaan dia????

1. Tak payah guna ubat nyamuk dan menghidu asap ubat nyamuk (tak elok untuk kesihatan)
2. Mudah dibawa ke mana-mana
3.Mudah di basuh
4. Tak perlu tembuk2 dinding, pakai tali etc keran bentukkan seperti khemah
5. Mudah dipasang dan disimpan

terdapat dalam 3 saiz :
1. 150x200 ( ni lebih kurang mcm saiz queen) : RM 45
2.180 x200 ( ni lebih kurang mcm saiz queen) :RM 47
3.200x200 ( ni lebih kurang mcm saiz king) :RM50

dengan 4 pilihan warna  : pink, biru, putih dan kuning...

Friday, July 15, 2011

PENGALAMAN BERPANTANG VERSI 1

Assalamualaikum...
harini aku nak berkongsi cara aku berpantang..mana tau nnt boleh dijadikan sebagai rujukan..dalam berpantang ni, kita tak bolehla terlalu aktif sgt bergerak terutama 20 hari terawal..ini untuk mengelakkan bentan n nak pastikan peranakan kita tak jatuh sgt dan terkeluar..sebab kalau terkeluar bahay..susah nk masukkan balik dalam "sarang" ( istilah org tua2). 20 hari pertama memang kena jaga betul-betul..kena mandi dengan air rebusan serai wangi, daun pandan, daun limau purut ..seeloknya mandi selam 44 hari, tapi kalau tak ammpu 20 hari pun ok or kalau tak boleh jugak sekurang-kurangnya 2 minngu la...then kena bertungku..seeloknya pakai tungku batu sebab kita nk bertungku di bahagian peranakan atau bhgn rahim...tungku la jugak di bhgn belakng, kaki, peha etc..tungku tu lepas panas atas dapur, ambik kain balut..letak la daun kadok ..then baru bertungku..bertungku ni buat la sekerap mana yg boleh seeloknya pagi dan ptg or mlm..kalau nak pakai tungku elektrik pun ok cuma susah la nk tungku kat bhgn peranakan ni.kebaikan dia membantu mempercepatkan pengecutan rahim dan menaikkan peranakan.lepas tu jgn lupa pakai bengkung..perut tu kita sapu jadam atau air limau nipis dicampur dgn kapur..ni untuk kempiskan perut n elakkan perut buncit..
Dalam pantang, pemakanan penting sgt2...jgn tersalah mkn...nnt bentan kata org tua2..aku mkn nasik putih, ikan bakar/ikan kukus (ikan selar, ikan gelama, ikan tenggiri je tau, ikan lain bisa)/burng puyoh pun boleh mkn..then sawi putih atau ulam pegaga (ni boleh banyakkan susu badan). buah aku mkn huah oren untuk cepatkan penyembuhan luka. Yang lain aku tak mkn sebab mak tak bagi mkn..hehehe selain tu mknn lain mcm biskut,roti, nasi impit inti , air milo, air kopi, air horlicks pun boleh mkn dan minum...
ok, sampai sini dulu..nanti kita sambung lagik..:)

Wednesday, July 13, 2011

BERPANTANG DI KUANTAN

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..harini dah 27 hari aku berpantang dan 27 hari juga lah usia anak sulung kami, al jaisyu...mcm2 dugaan aku rasa sepanjang berpantang nie..huhuhu kdg2 menangis jugaklah...maklumlah...banyak sgt pantang larang...sedangkan apa yg aku tahu dan baca lain...pantang orang dulu-dulu memang syadid ..tapi sebab tu jugaklah badan org lama2 ni maintain, masih bertenaga, kuat sebab mereka memang jaga badan nie...
al jaisyu ada kekurangan G6PD yang menyebabkan aku tak boleh nk minum akar kayu ke, makan jamu etc nie..sebab nanti akan effect pada jaisyu sebab aku menyusu badan...
sebenarnya..kalau jaisyu takde masalah G6PD mmg aku akan minum air akar kayu ke apa ke...tak payang suruh, sebab aku pun mmg nk jaga badan jugak...takpela, nak buat mcmn, mak tak faham...so, kenalah aku mendengar je 'bebelan' mak, maktua...huhuhuhu
menu berpantang aku ialah nasi putih, saur sawi, ikan bakar...itupun ikan selar sahaja..ikan lain bisa...tapi haritu mak ada gak buat sup burung puyuh...terima kasih mak sebab jaga kakngah dalam pantang...kaknagh tahu, mak susah payah masak, mandikan jaisyu, belikan kakngah nasi impit pagi2....mak sayang kakngah sebab tu mak suruh kaknagah bertungku, minum air akar kayu, mkn ubat...tapi nak baut gane..bukan kaknagh tak nak mkn n minum..kakngah berani minum sikit je mak...sel darah merah jaisyu mudah pecah sebab kekurangan G6PD..jadi , kaknagh tak berani ambik risiko sgt...kakngah akan cari alternatif lain nnt bila dah balik shah alam..walaupun kena bayar lebih sikit, takpela...untuk suami dan diri aku jugak..badan ni nak pakai lama..so, kenalah rajin pergi berurut ke, spa ke, facial ke....
oklah..nnt aku share plak cara berpantang kat kuantan ni..walaupun aku taklah buat sepenuhnya..tapi still buat gaklah...jumpa lagi...

Monday, July 4, 2011

AL JAISYUL ISLAMY BIN NORAZLI

assalamualaikum...
sudah agak lama aku tak menulis dalam blog nie..hehehe sejak pindah rumah baru kat pdg jawa agaknya aku stop menulis...skrg alhamdulillah aku sudah pun selamat melahirkan anak sulung azleeza pada 16hb 6 2011, tepat jam 9.00 pagi di Hospital Ampang...terawal 3 minggu gak la dari tarikh jangkaan..
Putera sulung kami diberi nama al jaisyul islamy bin norazli yang membawa maksud tentera bagi orang islam..amin...moga-moga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam hendaknya nanti....
Nak bercerita sikit tentang pengalaman ebrsalin anak sulung kami..malam 14hb 6, selasa, lepas maghrib, aku mmg rasa sakit je...tapi aku gagahkan jugak solat maghrib dlm keadaan jelujur..habis je solat, aku rasa lega sikit, so, konon nak mkn nasik lemak yang aku beli kat pasar mlm..baru mkn dalm 3 suap, tiba2 rasa ada 'benda' keluar dari bawah...aku pun bangun n pg sinki basuh tgn n selak la kain..tgk2 air ketuban aku dah pecah..aku pun dgn segera ajak nee, adik aku pergi hospital sg buloh...sampai ej kat ospital, aku terus mendaftar, lama gak la tunggu nurse kuar.masuk je dlm tgk2 ramainyer ibu yg mengandung sedang menunggu untuk diperiksa..huhu air ketuban aku plak makin byk kuar, cuma aku tak la rasa sakit..sku pun disuruh nurse untuk tukar baju..2 kain aku tukar sebab basah dgn air ketuban. aku tgk nurse rilek je..pelik gak la ..aku plak risau sbb air ketuban dah byk kuar..last2 ujian CTG dibuat untuk check keadaan jantung baby..alhamdulillah ok, pastu kena tunggu giliran scan plak..doktor scan ckp air ketuban cukup lagi n tgk laluan tak bukak lagi, baru 1 cm.jadi doktor bagitau aku akan disuntik 2 kali untuk matangkan paru-paru baby sebelum bbersalin esok ptg...
aku kana suntik dlm pkl 2 pagi..pastu kena ambik darah n kena tahan la...masalahnyer tak de katil..huhu jadi aku pun lepak la tido kat kerusi je dulu. lebih kurang pukul 5 pagi baru aku dapat katil...suami tersayang sampai kat hospital pkl 3 pagi. aku suruh balik je sbb mmg tak akan bersalin lagi time tu..
esoknyer doktor dtg cek , seluk untuk tgk bukaan laluan..sakit tak payah citer la..huhubaru bukak 2cm..n aku diberitahu akan disuntik sekali lagi ptg ni pkl 2 n ptg tu kena masuk labor room untuk bersalin..ptgtu, dlm pkl 5 ptg, nurse dtg bagi ubat suruh aku buang air besar.then dia tolak aku gi labor room, tapi penuh la plak...huhu
last2 suami aku bagi msj tny pendapat, kalu tukar hospital tentera tunku mizan nak tak?aku ckp, ok je tak kisah.so, bagitau doktor n nurse..mula2 diaorg tak bagi, tapi aku ckp husband dah arrage ambulans , baru dia bagi n ckp risiko tanggung sendiri...
so, kami pun naik la ambulans pg hospital tunku mizan, sampai je tiba2 hospital ckp tak leh nak terima sebab tak de inkubator bilaman tgk kad merah aku kandungan 36 minggu..ish2..masatu suami aku ckp dia dah menyesal dah..aku plak rileks je walaupun dlm hati pening gakla..dlm hati byk2 baca doa..last2 kami ke Hospital Ampang..alhamdulilah, sampai je nurse, doktor terus check, buat CTG dan sebagainya..masa tu laluan baru bukak 3cm. mlm tu jugak aku masuk labor room.alhamdulillah, suami dpt masuk sekali temankan aku yang menahan kesakitan bersalin..tepat jam 9 pagi aku selamat melahirkan bayi lelaki, seberat 2.1kg...syukur alhamdulillah..
tak sangka...aku dan suami kini sudah bergelar walid dan bonda:)