Blogger Layouts

Tuesday, March 22, 2011

BAKAL BERPINDAH...

Assalamualaikum...

InsyaALLAH, awal bulan depan, 3hb 4 2011 , Ahad, akau dan adik akan berpindah rumah...rumah di Padang jawa..petang semalam kami gi tengok rumah. Alhamdulillah, setelah puas mencari, akhirnya jumpa jugak rumah yang bersesuaian..cuma tak mencapai target jela..kalau boleh nak rumah 3 bilik, ni rumah 2 bilik gak la..tapi better la sikit daripada rumah yang aku dok sekarang..besar pun besar gak...cantik lagi...:)

Sekurang-kurangnya, bukan rumah flat la..kena naik turun tangga..kena bayar ,maintenance bulan-bulan..hehe
InsyaALLAH..mudah la sikit nanti kalau nak beli tong gas ke..nak beli mesin basuh ke..sebab rumah kan..tak de la parah sangat nak mengankut barang nanti... Sewa pun lebih murah berbanding rumah sekaranag ni..Cuma agak jauh sikit je daripada INTEC tempat aku kerja...tapi still ok, sebab dekat dengan rumah kakak ipar..InsyaALLAH , kalau tak de aral, nanti baby kami akan diasuh oleh kakak ipar..Tapi kalau suami akau dapat postng dalam masa yang terdekat nie and dapat area KL or selangor, aku akan pindah lagi la..hehe sebab kena dok rumah pegawai yang disediakan...takpelah, sekurang-kurangnyer, aku dapat dok rumah dulu la...

So, ada sesiapa yang berminat nak sewa rumah yang aku dok sekarang tak????

rumah untuk di sewa :
Flat seksyen 17, no.311 tingkat 2
dekat dengan INTEC, UiTM seksyen 17, stesen bas, pasar malam, kedai
rumah lengkap dengan sofa, peti ais, dapur,tong gas, kabinet, meja makan
sewa RM600.kemasukan awal bulan 4
Berminat? hubungi sya ye;)

Sunday, March 20, 2011

PENGORBANAN SUAMIKU...

Assalamualaikum....

Minggu lepas ni mcm2 berlaku...alhamdulillah, suamiku dapat cuti 4 hari dan kebetulan kena pulak dgn tarikh lahir aku:) Then hari rabu lepas, suamiku datang Shah Alam semula sebab hari Khamis ada meeting di MINDEF.Mula-mula CO dia bagi balik hari Jumaat sebab ada mesyuarat BAKAT (persatuan khas untuk isteri tentera). Pastu tiba-tiba tengahari khamis lepas habis meeting je, CO dia suruh balik hari tu gak sebab mesyuarat BAKAT tak jadi. Alih-alih, petang tu dapat pulak arahan suruh gi ambik baju BAKAT kat MINDEF hari Jumaat.Kira boleh balik hari Jumaat la...tapi yang BESTNYERR...dia bagi duit RM 1200 je untuk duit baju BAKAT and mintak suami aku pakai dulu duit sendiri RM600.SABAU jela...Nasib baik ada duit..ish2...Nak dijadikan citer, kami merancang nk naik bas balik Perlis malam tu, beli tiket petang, tengok-tengok tiket habis...beli la tiket pagi esoknya, sabtu, 9 pagi.Alih-alih, maghrib tua dapat berita CO suruh hantar baju BAKAT esoknyer gak masa mesyuarat BAKAT.Jadi plak dah mesyuarat..huhuhu.. Aku ni risau suami aku dapat susah sebab CO bertuah tue...ajak suami balik Perlis naik keta. Alhamdulillah, suami setuju..kami pun pergilah balik kaunter tiket bas,  kot2 la dapat tukar tiket dengan duit balik.Tapi tak dapat, esok baru boleh dapat duit kalau tiket bas terjual.Hentam jela..

Jadi, haritu kami bertolak balik Perlis pukul 1.30pagi.Alhamdulillah, selamat sampai pukul 8 lebih ...Abang tukar seluar then terus pergi rumah BAKAT hantar baju BAKAT. Masa tu aku bersyukur sangat dapat sampai pada waktunya. Aku kemas-kemas rumah sikit...rasa sebak gak lah...sebab dah lama tak balik rumah Perlis sejak abang  masuk operasi. Dapat aku bayangkan keadaan rumah sepanjang abang tinggal pergi operasi.Balik dari operasi, dengan rumah bersawang, kotor...kesian sangat kat abang..penat-penat balik operasi, temgok rumah yang 'cantik' macamtu, bertambah la penat...Rasa bersalah pun ada..sebab aku tak de di sisi abang, menyambut abang balik dari operasi...Sebelum balik pagi tadi, aku kemas2 lagi rumah..at least , abang selesa sikit dok rumah nanti...Pun terasa sebak gak...terbayang abang sorang-sorang kat rumah..mesti sunyi...

Abang pulak sejak aku mengandung ni risau kalau aku travel jauh-jauh sorang-sorang. Abang drive hantar aku balik, pastu malamnya pulak naik bas balaik semula ke Perlis..penat tue...terima kasih abang bersusah payah untuk Lis.Semoga ada rezeki abang dpat posting dekat dengan Lis. At least, kalu tak dapat dok sekali pun, dapat posting dekat sikit dengan Selangor pun dah ok...Tiap kali solat, aku tak pernah putus berdoa..amin....


Sunday, March 13, 2011

TERIMA KASIH ABANG...SAYAAANGGGG ABANG:)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur ...Tahun ini, hari lahir ku amat bermakna sekali...Hari lahir pertama sebagai seorang isteri..terasa sangat bahagia berada di sisi suami tercinta...terima kasih abang...aku sangat terharu apabila suamiku membuat video khusus sempena hari lahirku...berair la air mata nie..nasib baik lampu dah tutup..hehe aku mmg mudah mengalirkan air mata..huhuhu
Ni sajak ( aku kira sajak la..) yang dibuat khas oleh suamiku dalam video tersebut ...

Di kala aku gelisah
Kau hadir sebagai sahabiah
Di kala aku tertekan
Kau hadir sebagai teman

Di kala aku bersedih
Kau hadir sebagai kekasih
Di kala aku berduka
Kau hadir membawa cinta membara

Kadangkala kutermenung kadangkala ku meresah
Mendepani ujian musibah..
Kadangkala putus asa kadangkala ku menangis
Kau datang beri kekuatan

Isteriku,
Kau anugerah yang tiada taranya
Kau pendampingku membuat hidupku sempurna
Sepertimana Adam perlukan Hawa

Isteriku,
Engkau adalah amanah dari Tuhan
Engkau yang diciptakan untuk melengkapi
Menjadi sayap kiri perjuangan

Terima Kasih ..wahai kekasih..kerana sudi menemaniku
Wlaau kau tahu siapa diriku..
Dirimu sanggup berjauhan
Dirimu sanggup ditinggalkan..
Dirimu sanggup menanggung rindu..
Dirimu sanggup menahan pilu
Pengorbanan demi pengorbanan..
Semua yang telah engkau lakukan
Hanyalah untukku suami mu..isteriku....

Kek yang dibeli oleh suamiku...separuh aku bedal..hehe lapar...selebihnya bawak balik rumah Balok, Pahang..my lovely mother meraikan hari lahirku dan abangku ..kami makan seafood:)Terima Kasih mak sebab melahirkan, membesarkan dan mendidik kakngah ...doakan kakangah ye...

Terima Kasih ALLAH..
Terima Kasih Mak Abah
Terima Kasih Abang Sayang...
LOVE U ALL SO MUCH...

Saturday, March 5, 2011

APA RAHSIA BULAN MAC....

  • Ni ambik daripada laman web rahsia bualn kelahiran...dulu masa sekolah menengah dah tau tentang hal nie...inilah dia rahsia bulan kelahiran bulan MAC :)
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

WALAU HANYA 4 HARI......

Alhamdulillah, aku mendapat perkhabaran yang suami aku akan dapat peluang cuti 4 hari setelah 2 bulan berada dalam operasi di Banding, Perak...walau hanya 4 hari..aku tak kisah..malah berita itu sebenarnya sangat, sangat, sangat mengembirakan aku...cukup untuk menghilangkan rasa kelelahan, kesakitan, kepenatan yang aku tempuhi sejak akhir-akhir ini..Banyak betul keje rasanya semester ini..alhamdulillah, ada suami yang sentiasa memberi sokongan dan mendengar keluh kesah aku..huhu..terima kasih abang...



Dan yang penting, walau hanya 4 hari, cukup memberi makna yang besar kepadaku..kerana tanggal 11 mac 2011, Jumaat ini merupakan tarikh lahir aku...dan ini merupakan hari lahir aku yang pertama dalam status baru aku...seorang isteri dan bakal ibu....syukur alhamdulillah atas nikmat kurnia yang ALLAh berikan kepada aku dan keluargaku..semoga sentiasa dikekalkan kebahagiaan, rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga kami hingga ke akhir hayat...

Sesungguhnya, walau hanya 4 hari, aku tetap bersyukur ...dan aku puas..yelah..daripada tak de hari langsung kan...kita ni kena pandai bersyukur atas apa sahaja yang ALLAH kurniakan..sebab aku yakin, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmah tersembunyi dari ALLAH..

Friday, March 4, 2011

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...


Harini, Jumaat, 4 march 2011 aku telah berjaya khatam quran. Sememangnya menjadi hajat di hati ketika aku disahkan mengandung, aku ingin khatam quran sebelum bersalin. Terima kasih buat suami tercinta atas sokongan dan ingatan agar aku selalu mengaji dan menasihatkan agar aku dapat khatam sebanyak mungkin sebelum bersalin...terasa seronok sekarang dapat mengaji dan memperdengarkan aluna ayat suci al-quran kepada bayi di dalam kandunganku ini..Sekarang kandunganku sudah masuk 21 minggu. Bayi dah boleh mendengar dengan jelas suaraku..kadang-kadang, sedang aku mengaji, dia akan tendang2 ..hehe tapi selalunya senyap je bila mendengar ayat suci al-quran dialukan...

InsyaALLAH, aku akan pasang aluan zikir dan ayat suci al-quran sebelum tido agar bayi terbiasa mendengar ayat suci memuji ALLAH S.W.T Mungkin hal yang sama juga boleh dilakukan oleh semua bakal ibu yang beragama Islam. Abang cakap, bayi ni dekat dengan ALLAH, jadi sangat elok kita alunkan ayat suci al-Quran...

Semoga kita semua istiqamah membaca quran setiap hari walaupun tidak mengandung..aminn....

Tuesday, March 1, 2011

i-prokhas INTEC



Assalamualaikum...
Dah agak lama menyepi sebab banyak keje..huhu..hujung minggu yang lalu, aku telah ke Kem Asahan, Melaka untuk program i-prokhas..atau nama panjangnyer intec program khas.program khusus untuk pelajar muslim yang akan ke luar negara. Dalam progarm ni kita akan mengajar modul-modul yang diperlukan pelajar ketika berada di luar negara seperti solat jama', pengurusan jenazah, fiqh travelers dan banyak lagi...teori + praktikal...modul yang paling best mestilah kembara alam. Dimana setiap checkpoint memerlukan pelajar mempraktikkan ilmu2 fiqh travelers.Malah mereka turut solat di dalam hutan...Kalau i-prokhas yang dulu pelajar menghadapi cabaran hujan lebat, track yang licin, pacat tpai kali ni pula pelajar berdepan dengan cuaca yang panas terik....ffuuuhhhh..mmg sangat panas. Aku selaku ketua fasi kena memastikan semua aktiviti berjalan lancar...


ha..ni time checkpoint aku jaga..kena buat bendera pasukan masing-masing..hehehe macam-macam gelagat ada...tapi memang best..sekarang ni pergerakan dah terbatas la sebab tengah mengandung...anyway, bulan ni akhir bulan 3 akan ada lagi program i-prokhas siri ke 5..mungkin ini adalah siri terakhir yang akan aku pergi sebab kandungan pun dah masuk 6 bulan...so, next program, aku akan melatih pengganti aku agar dia dapat menjalankan tugas dengan baik..hehe Affuan..siap sedia ekk..:)

apa yang penting, bulan 3 ni bulan yang mengembirakan aku :) Abang akan habis operasi bulan 3, habis operasi 6hb 3 nie..alhamdulillah...sebelum hari lahir aku tiba..ni birthday pertama aku sebagai seorang isteri dan bakal ibu:) syukur alhamdulillah ya ALLAH atas nikmat yang KAU limpahkan....

Sehingga berjumpa lagi untuk cerita yang akan datang :)