Blogger Layouts

Friday, March 4, 2011

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...


Harini, Jumaat, 4 march 2011 aku telah berjaya khatam quran. Sememangnya menjadi hajat di hati ketika aku disahkan mengandung, aku ingin khatam quran sebelum bersalin. Terima kasih buat suami tercinta atas sokongan dan ingatan agar aku selalu mengaji dan menasihatkan agar aku dapat khatam sebanyak mungkin sebelum bersalin...terasa seronok sekarang dapat mengaji dan memperdengarkan aluna ayat suci al-quran kepada bayi di dalam kandunganku ini..Sekarang kandunganku sudah masuk 21 minggu. Bayi dah boleh mendengar dengan jelas suaraku..kadang-kadang, sedang aku mengaji, dia akan tendang2 ..hehe tapi selalunya senyap je bila mendengar ayat suci al-quran dialukan...

InsyaALLAH, aku akan pasang aluan zikir dan ayat suci al-quran sebelum tido agar bayi terbiasa mendengar ayat suci memuji ALLAH S.W.T Mungkin hal yang sama juga boleh dilakukan oleh semua bakal ibu yang beragama Islam. Abang cakap, bayi ni dekat dengan ALLAH, jadi sangat elok kita alunkan ayat suci al-Quran...

Semoga kita semua istiqamah membaca quran setiap hari walaupun tidak mengandung..aminn....

2 comments:

  1. syukur alhamdulilah kakngah dpt tunaikan hajat kakngah tuk khatam AL-QURAN b4 brsalin..huhu
    waaahh...bayi tendang2..?hihi..na pgg..huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe..kalau nak pegang kena tunggu kakngah balik la....boleh rasa dia main tendang-tendang..hahaha

    ReplyDelete