Blogger Layouts

Wednesday, February 16, 2011

SENTUHAN EMOSI BUAT SI KECIL SIRI 2

mari kita sambung berkenaan sentuhan buat si kecil kita..

4-6 bulan
Inilah masanya untuk anda ketawa dengannya!Bercakap dengan bayi dan tiru seakan buara bayi anda ketika menyusu, memakai baju,menukar lampin atau masa mandi. Peruntukkan sedikit masa untuk bermain di lantai bersamanay setiap hari. Kalau dah ada kakak,abang,perkenalkan bayi anda kepadanya.Galakkan bayi anda ketawa dan bermain dengan muka lucu, suara dan pergerakan yang menarik perhatiannya.Sekali sekala bawa bayi anda bersiar-siar di luar

7-9 bulan
Beri bayi anda barangan mainan yang lembut yang mengeluarkan bunyi apabila ia digoncang atau dipukul. Dukungnya sambil bermain di hadapan cermin, panggil namanya dan lihat tindak balasnya.Bercakap dengan bayi anda dan tunggu tindak balasnya. Jangan lupa bermain permaian ba ba cak!Sambil itu membuat pelbagai bunyi dan nada daripada mulut.Pada masa ini, kita sudah boleh menunjukkan kad imbasan dan buku ilustrasi yang menarik kepadanya. Bina objek yang tinggi dan tunjukkan cara memukul objek itu sehingga membuatkan objek itu runtuh

10-12 bulan
Pegang dan peluklah bayi selalu untuk menunjukkan anda menyayanginya. Baca buku cerita kepadanya setiap hari. Lihat gambar pada buku dan nerceritalah mengenai  gambar dalm buku itu. Meninggalkannya seketika di tempat selamat ketika bermain untuk mengajarnya yang anda akan datang kembali. Kenalkan bayi anda kepada ornag dan benda baru disekelilingnya.

Tips tambahan : Elok juga kita perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran semasa bayi kita hendak tidur atau ketika mereka tidur dengan nada yang perlahan..

No comments:

Post a Comment